
Alhamdulillah, selesai Kursus kali ke-2 bersama KUSKOP.
Kali pertama adalah mengenal tools asas AI
Kali kedua lebih mencabar, semua kena kerah otak untuk fahami bagaimana :
…. untuk bersihkan data,
… AI boleh salah faham dokumen yang dimasukkan, yang selama ini kita hanya tahu “masukkan dokumen” ,
…elakkan AI salah faham dokumen,
… mengetahui apa format dokumen yang paling AI faham untuk spesific data
.. untuk menghasilkan laporan menggunakan AI tools yang tepat dan betul tanpa menghilangkan maklumat,
… audio, video, dan image boleh diterjemah dengan tepat dalam laporan,
,.. memahami LIMITASI AI supaya kita tidak menyangka bahawa AI telah faham semuanya.
Kerana itu, banyak juga client yang nak saya cerita yang “best2” dan yg mudah tentang AI. Kalau boleh, mereka hanya mahu ajar masukkan dokumen dan terus siap.
Maaf, saya tidak mahu ajar apa yang anda suka. Saya pensyarah dan juga pelajar… perlu ada etika. Saya ajar apa yang anda perlu tahu tentang AI dari semua aspek.
Jika saya ajar anda guna AI hanya dengan sekadar masukkan dokumen dan beri prompt, anda tak perlu belajar dengan saya dan cukup dengan belajar di tiktok dan youtube.
Saya mengajar staff kerajaan, dimana data mereka penting dan melibatkan rakyat. Jika saya mengajar hanya untuk timbulkan rasa “hype”, apa akan jadi pada negara?
Alhamdulillah, staff KUSKOP memang mereka sudah lama bersedia dengan AI dan tahu batas dan limitasi AI. Mereka sangat berhati-hati dalam menggunakan AI.
Dalam training kali ini, saya “polish” beberapa AI tools yang rata-rata telah tahu, cuma bagaimana ia boleh dimanfaatkan dengan sempurna.
Saya juga suka berkongsi dengan agensi kerajaan, apakah software AI yang patut mereka subscribe dan mana yang terlalu “overpriced” dengan fungsi yang limit.
Saya berkongsi juga idea bagaimana untuk memastikan perkakasan dan peralatan yang akan dibeli, sesuai dengan kegunaan dan kehendak mereka. Tidak overpriced dan tidak jugak “outdated” dalam jangka masa pendek..
Tidak kurang juga saya ajar bagaimana untuk menilai suggestion proposal dari vendor. Niat saya, supaya duit yang dilaburkan itu bertepatan dan bersesuaian dengan harga dan kegunaan. Tidak overspec.
Alhamdulullah, banyak yang saya juga belajar dari staff KUSKOP dengan kepakaran yang mereka ada.
Next, training untuk Politeknik. Bidang pendidikan antara bidang yang saya suka.
Segala info tentang AI boleh rujuk disini:
https://roracademyai.com/
AI Trainer : Sir Syah ( syaheedullah)






