Banting, Selangor, 30 Oktober 2025 – Kursus “Memperkasakan Pengajaran dan Pentadbiran Akademik dengan Kecerdasan Buatan (AI)” yang berlangsung selama dua hari di Politeknik Banting telah mencatatkan kejayaan besar dan mendapat pujian tinggi daripada para peserta. Kursus yang dikendalikan oleh penceramah berpengalaman, Sir Syah, berjaya memberikan impak positif kepada pensyarah yang hadir.

Modul Komprehensif: Dari Teknik Asas ke Pelan Hala Tuju Strategik
Sepanjang kursus, modul yang disusun melibatkan pendekatan menyeluruh untuk memperkenalkan AI kepada pendidik, bermula dari asas hingga kepada aplikasi praktikal dalam pengajaran dan pentadbiran. Para pensyarah begitu teruja dengan kaedah penyampaian Sir Syah yang dianggap sangat relevan dan berkaitan terus dengan tugas pendidikan mereka.
Antara modul yang menarik perhatian adalah:
- Pengenalan kepada AI untuk Pendidikan – Memperkenalkan asas AI dan bagaimana ia boleh membantu dalam dunia pengajaran.
- Teknik Rahsia Menggunakan Tools AI Percuma Secara Unlimited – Peserta mendapat peluang mempelajari teknik eksklusif yang jarang dikongsi, membolehkan mereka memanfaatkan alat AI tanpa sekatan.
- Integrasi AI dalam Pentadbiran Akademik – Modul yang memberi pendedahan kepada cara AI boleh meningkatkan kecekapan pengurusan pendidikan.
Lebih daripada itu, kursus ini turut merangkumi modul strategik mengenai pelan hala tuju (roadmap) perlaksanaan AI di sesebuah institusi. Sir Syah mengajar bagaimana merangka pelan ini dari sudut pembelian perisian (software), perkakasan (hardware), dan juga struktur organisasi ‘AI Team’ yang perlu diwujudkan dalam setiap jabatan.

Menguasai ‘Prompt Engineering’ dan Integrasi Pelbagai Alatan AI
Pendekatan unik Sir Syah dalam kursus ini menjadi elemen yang paling dihargai. Beliau memberi tumpuan khusus kepada teknik pembinaan ‘prompt’ (prompt engineering), yang seringkali menjadi masalah besar di kalangan para pensyarah.
Beliau telah mengajar tiga teknik penting bagi memastikan peserta boleh membina ‘prompt’ yang sangat terperinci dan efektif:
- Teknik PTCF (Persona, Task, Context, Format) dari Google sendiri.
- Teknik ‘Prompt Generator’ untuk menghasilkan arahan kompleks secara automatik.
- Teknik lanjutan membina ‘prompt’ dengan bantuan ‘prompt’ lain, membolehkan peserta menghasilkan arahan AI yang sangat spesifik.
Selain itu, kebolehupayaan Sir Syah untuk mengintegrasikan pelbagai alatan AI telah membuka mata dan pandangan para pensyarah. Ramai yang sebelum ini hanya tertumpu kepada satu sahaja alatan AI yang mereka mahir atau yang telah dilanggan oleh institusi.
Sir Syah membuka minda mereka dengan menegaskan bahawa ada sebahagian alatan AI yang percuma namun mampu memberikan output yang lebih baik berbanding alatan berbayar, sekaligus memberi lebih banyak pilihan dan fleksibiliti kepada para pendidik.
Maklum Balas Positif dari Peserta
Para peserta memberikan maklum balas yang sangat positif. Berdasarkan penilaian yang dikumpulkan, kebanyakan peserta memberikan skor penuh untuk kualiti kursus, pengalaman pembelajaran, dan keberkesanan penyampaian Sir Syah.
Muhammad Anas, salah seorang peserta, berkata, “Penyampaiannya sangat jelas dan mudah difahami. Saya sangat suka dengan penggunaan Notebook LM dan Chatbot yang diajar.”
Seorang lagi peserta menyatakan, “Hari kedua kursus sangat menarik. Modul seperti Notebook LM dan AI slide presentation generation sangat bermanfaat. 3 minit dapat menghasilkan slide yang begitu menarik tanpa halusinasi dan saya berharap kursus ini dapat diteruskan pada masa akan datang.”
Keupayaan Sir Syah untuk memahami keperluan pensyarah sebagai seorang pendidik sendiri menjadikan kursus ini unik. Sikap tidak lokek berkongsi ilmu dan teknik-teknik rahsia ini menjadi elemen yang sangat dihargai oleh peserta.
Cadangan Penambahbaikan
Walaupun menerima pujian tinggi, beberapa peserta mencadangkan agar kursus ini mempunyai tempoh yang lebih panjang untuk memberi peluang kepada mereka mendalami lebih banyak aplikasi AI yang diajar.
Intipati dari modul latihan
Beberapa intipati penting yang dikongsi oleh Sir Syah adalah :
- Pagi pensyarah, pembinaan prompt yang betul sangat penting bagi menghasilkan output yang dikehendaki. Para pensayrah boleh menggunakan laman web seperti (The Free AI Prompt Generator [Unlimited & No Login] – Feedough) untuk mendapatkan idea prompt awal.
- Pensyarah dan pegawai dalam dunia AI ini perlu memanfaatkan fungsi Gemini didalam Google Docs untuk menghasilkan lesson plan, nota dan sebagainya . Namun , para pensyarah seharusnya tidak berpada pada penghasilkan dari AI, kerana selaku SME ( Subjec Matter Expert), mereka seharusnya memberi panduan dan maklumat kepada AI untuk memastikan module yang dihasilkan bertepatan dengan CLO silibus.
- Semua institusi perlu melengkapkan pensyarah dengan kemahiran menghasilkan silibus SIM. Untuk pembelajaran , video tidak sesuai untuk dihasilkan menggunakan AI video generation berurasi 8 saat. Educational video creator seperti NotebookLM harus diterokai. Bahkan , didalam module bersama pensyarah Politeknik Banting, Sir Syah membongkarkan suatu aplikasi AI yang percuma dan sangat sesuai untuk kegunaan pembinaan video untuk pelajar.
- Fahami “AI Hype Cycle”. Banyak institusi pendidikan yang “tersalah” dalam melanggan software AI tanpa mereka memahami apakah itu “AI Video Generation Interface,” yang merupakan pilihan yang lebih baik. Ramai yang mengeluh setelah menjalani latihan dan pencerahan dari Sir Syah, mereka baru memahami bahawa melanggan software AI itu bukan beerti sama fungsinya. Setiap platform yang anda langgan memberikan pengalaman pengguna yang berbeza.
- Banyak institusi yang mengadu bahawa kursus AI yang telah mereka jalani sebelum ini terlalu asas. Sebenarnya, kursus asas pendedahan kepada kepelbagaian AI tools adalah sangat penting kepada sesebuah institusi. Dari situ, kita mampu untuk memilih apakah AI tools yang bersesuaian untuk dipilih untuk lanjutan kursus AI secara mendalam dan terarah.
Buka Peluang untuk Latihan
Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti kursus seperti ini atau memohon latihan khas bersama Sir Syah, maklumat lanjut boleh diperoleh melalui:
- Laman web: Permohonan Menjalani Kursus – ROR Academy AI
- Telefon: 013-3131437 / 011-54166285 (whatsapp)
- Emel: [email protected]
Kursus sebegini jelas memberikan manfaat besar kepada pendidik dalam era teknologi kini. Dengan AI sebagai alat bantu, masa depan sektor pendidikan Malaysia dijangka lebih cemerlang.





