
Ini nasihat ikhlas saya kepada pelajar dan juga pensyarah seperti saya, dalam pada kita sedang “excited” mengaplikasikan AI.
Sebagai seorang lecturer dan AI trainer, pengalaman saya mengajar AI kepada pelajar—terutamanya high-level students—dan juga kepada para pensyarah sendiri, menunjukkan satu masalah besar yang semakin serius: FOMO (Fear of Missing Out).
Ramai yang takut orang lain “lebih tahu” daripada mereka. Akibatnya, berlaku pembaziran yang ketara. Pensyarah pergi ke sana sini, menyertai terlalu banyak training AI tools. Terlalu banyak tools, terlalu banyak features. Akhirnya letih. Lebih membimbangkan, mereka lupa satu perkara asas: mereka ialah subject matter expert, bukan AI. AI sepatutnya pembantu, bukan pengganti tugas mereka .
Situasi ini sangat biasa saya temui semasa menjalankan latihan AI. Kebanyakan pensyarah tahu apa itu AI, tahu nama tools, malah ada yang boleh senaraikan tools yang saya sendiri belum pernah guna. Tetapi apabila saya tanya soalan mudah:
“Bagaimana AI membantu tugas harian anda?”
Jawapannya senyap. Mereka tahu fungsi, tetapi tidak tahu aplikasi sebenar dalam kerja.
Ini membimbangkan. Ada pensyarah yang berkata kepada pelajar, “Okay, you can use AI.”
Tetapi mereka tidak mengajar:
bagaimana cara guna yang betul
apa limitasi AI
bagaimana nak semak output
bila AI sesuai digunakan, dan bila tidak
Tambahan pula, penggunaan AI oleh pelajar tidak sama dengan penggunaan AI oleh pekerja di dunia sebenar.
Saya juga risau kerana pelajar hari ini terdedah kepada AI hanya sebagai alat untuk jawab assignment dan quiz. Lebih teruk, ramai belajar dari TikTok atau YouTube bahawa cukup sekadar drag & drop file ke ChatGPT, bagi arahan, dan terus ambil jawapan.
Hakikatnya, proses sebenar jauh lebih panjang:
Pastikan fail benar-benar difahami oleh AI
Semak sama ada AI salah tafsir data
Uji bagaimana AI memahami kandungan
Arahkan AI untuk output dalam bentuk yang dikehendaki
Dan paling penting: semak semula output
Langkah-langkah ini sering terlepas pandang.
Dalam pengalaman saya mengajar pelajar antarabangsa, apabila saya tanya apakah AI tools penting untuk masa depan kerjaya mereka, ramai tidak tahu. Mereka lebih tahu tools untuk buat video fun, buat muzik, hiburan. Sedangkan realitinya, kita perlu faham minat pelajar, tetapi juga realiti industri.
Dulu HR tanya: “Are you good at Microsoft Excel, Word?”
Sekarang soalan sudah berubah: “Are you good at AI?”
Kerana AI meningkatkan produktiviti dan mempercepatkan kerja.
Dari sudut kerajaan pula, kita perlu sedar bahawa garis panduan penggunaan AI sudah wujud. AI akan terus berkembang. Tiada AI tool yang akan kekal statik. Ada tools yang dulu hanya boleh buat sedikit perkara, sekarang boleh buat jauh lebih kompleks.
Yang penting, pelajar tidak perlu bergantung kepada terlalu banyak tools. Setiap AI ada kelebihan tersendiri:
ada yang kuat coding
ada yang kuat calculation
ada yang kuat image & document understanding
ada yang kuat struktur dan data extraction
Sebab itu saya tekankan kepentingan AI platforms yang mempunyai multiple LLMs, supaya kerja boleh dibuat secara kolektif dan konsisten. Dalam latihan saya, saya biasanya fokus kepada satu platform yang mudah, praktikal, dan scalable—termasuk latihan bersama pihak kerajaan.
Satu perkara yang saya sangat tekankan kepada pensyarah dan trainer:
Jangan ajar AI dengan terlalu excited.
AI bukan sesuatu yang luar biasa. Ia normal.
Yang luar biasa ialah cross-checking.
Kita sendiri pun, bila buat kerja tanpa AI, sering tidak semak semula. Jadi bila pelajar guna AI, mindset mereka mesti dibentuk dari awal:
AI boleh hallucinate. AI boleh silap.
Dan kesannya boleh besar—kepada kerja, organisasi, dan jika melibatkan kerajaan, kepada data rakyat dan maklumat awam.
Dalam latihan saya juga, saya sentiasa bantu pelajar memilih AI tools percuma yang terbaik. Saya faham kekangan kewangan. Walaupun tools percuma ada limitasi, saya ajar cara mengoptimumkan penggunaan free account supaya hasilnya tetap maksimum.
Nasihat saya kepada semua yang belajar AI: Belajar AI secara modular. Faham konsep, bukan hafal tools.
Jangan terlalu kagum dengan AI. Jadikan AI pembantu.
Apa pun peranan kita—lecturer, student, professional—
kita tetap subject matter expert.
Sentiasa semak output AI.
Yang ikhlas : https://roracademyai.com/





