Webinar Percuma Mengenai Kajian Pembangunan AI Chatbot untuk SIM (ODL)-Sijil Diberikan
Ingin memperoleh Sijil Penyertaan Kursus AI untuk Pembinaan SIM & ODL sambil memperkasa kemahiran digital akademik anda?
Saya, Sir Syah, calon Sarjana (Master) dalam bidang Artificial Intelligence di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), sedang menjalankan kajian berkaitan pembangunan dan penilaian AI Chatbot khusus untuk membantu pensyarah membina Self-Instructional Materials (SIM) bagi Open & Distance Learning (ODL).
Sebagai sebahagian daripada kajian ini, tuan/puan dijemput untuk menyertai sesi pembelajaran melalui rakaman kursus dan penggunaan sistem chatbot yang dibangunkan.
🎥 Langkah Penyertaan
📌 Klik untuk lihat maklumat penuh
Bagi melayakkan diri menerima Sijil Penyertaan, tuan/puan perlu:
1️⃣ Menonton rakaman video kursus yang disediakan (sebagai panduan rasmi).
2️⃣ Menggunakan AI Chatbot SIM melalui pautan yang diberikan.
3️⃣ Mengisi soal selidik (questionnaire) berdasarkan pengalaman penggunaan.
📌 Sijil hanya akan diberikan selepas soal selidik dilengkapkan sepenuhnya.
📚 Kandungan Dalam Rakaman Kursus
- Penerangan mendalam tentang konsep ODL dan struktur SIM yang sistematik
- Rasional akademik pembangunan chatbot
- Demonstrasi sebenar pembinaan modul menggunakan AI
- Pengenalan tools AI tambahan untuk pensyarah dalam:
- Penulisan kandungan akademik
- Penyediaan hasil pembelajaran (CLO/TLO)
- Reka bentuk aktiviti individu & berkumpulan
- Penyediaan penilaian kendiri
- Penyusunan bahan secara lebih efisien
🚀 Manfaat Kepada Peserta
- ✔ Memahami bagaimana AI boleh mempercepat pembangunan bahan pengajaran
- ✔ Mempelajari asas pembangunan dan logik reka bentuk AI chatbot pendidikan
- ✔ Meningkatkan literasi AI dalam konteks akademik
- ✔ Mendapat pendedahan praktikal penggunaan AI dalam ODL
- ✔ Memperoleh sijil penyertaan yang menyokong pembangunan profesional
🎯 Sasaran Peserta
- Pensyarah IPTA/IPTS
- Pegawai ODL / eLearning
- Instructional Designer
- Pentadbir Akademik
- Pembuat dasar dan keputusan akademik
Penyertaan dan maklum balas tuan/puan amat penting dalam membantu memperkukuh dapatan kajian ini serta menambah baik pembangunan sistem AI untuk kegunaan sebenar institusi pendidikan.
Pautan Video Kursus:
Klik di sini
Pautan Link Chatbot:
Klik di sini
Pautan Borang Soal Selidik dan Sijil:
Klik di sini
Terima kasih atas maklumbalasa yang diberikan, sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Syah, 01154166285, pasarmayadigital
