“AI Bukan Sekadar Untuk Tahu, Tapi Untuk Diguna” – Sir Syah

Gambar sir syah

Dalam satu sesi perbualan bersama pakar latihan kecerdasan buatan (AI), Sir Syah, beliau berkongsi pandangan mengenai hala tuju pembelajaran dan pelaksanaan AI dalam organisasi di Malaysia yang kini semakin berkembang pesat.

Menurut Sir Syah, ramai klien beliau sebelum ini merupakan individu dan organisasi yang telahpun menjalani latihan asas AI, namun mereka kembali mendapatkan khidmat beliau untuk mengikuti latihan fasa kedua yang lebih mendalam dan berfokus kepada konteks kerja sebenar.

“Ramai peserta saya sebelum ini sudah ambil kursus AI, tetapi mereka sedar latihan yang diikuti tidak cukup mendalam untuk diaplikasikan dalam tugasan harian. Mereka belajar banyak tools, tapi tak semua tahu bagaimana nak gunakan secara strategik dalam kerja mereka. Jadi fasa dua ini kami fokus kepada penerapan sebenar — bukan sekadar tahu guna, tapi faham bila, kenapa dan bagaimana ia bantu kerja,” jelas Sir Syah.

Ai hype cycle

Beliau turut menambah bahawa fenomena ini bukanlah sesuatu yang luar biasa. Jika dilihat melalui kerangka ‘AI Hype Cycle’, ia merupakan fasa ‘Slope of Enlightenment’, iaitu peringkat di mana organisasi mula memahami aplikasi sebenar AI selepas melalui tempoh kegairahan dan percubaan awal yang tidak begitu berkesan.

“Ramai organisasi sekarang berada di fasa ‘Slope of Enlightenment’. Mereka sudah melalui tempoh hype — masa di mana semua orang teruja nak guna AI untuk semua perkara. Tapi sekarang mereka mula nampak di mana nilai sebenar AI dalam operasi harian. Dan inilah fasa terbaik untuk bina strategi yang mantap,” katanya.

Sir Syah turut menyuarakan cadangan kepada pihak industri dan kementerian agar tidak hanya memberi tumpuan kepada pembelajaran AI untuk pengetahuan semata-mata, sebaliknya menekankan kepada penerapan dan pengaplikasian sebenar di tempat kerja.

“Kalau kita belajar AI hanya untuk tahu, manfaatnya sangat terhad. Tapi kalau kita belajar untuk guna, untuk selesaikan masalah sebenar dalam organisasi, barulah impak itu terasa,” tambah beliau.

Selain itu, beliau turut memperkenalkan satu pendekatan baharu yang kini semakin mendapat perhatian — ‘Local AI’, iaitu sistem AI yang dijalankan secara dalaman tanpa perlu bergantung kepada pelayan awan (cloud).

“Local AI ini penting terutamanya untuk organisasi yang berurusan dengan data sensitif. Saya sendiri bantu beberapa klien untuk setup Local AI mereka. Ia bukan sahaja lebih selamat, tapi juga memastikan data sulit tidak digunakan oleh sistem luar untuk tujuan pembelajaran mesin,” jelas Sir Syah.

Menutup perbualan, Sir Syah menegaskan bahawa potensi AI masih luas untuk diterokai — namun ia memerlukan pendekatan pembelajaran yang berlapis, mendalam dan berfokus kepada realiti kerja, bukan sekadar trend.

Hubungi Sir Syah: 01154166285

Email: [email protected]

Kursus & Latihan – ROR Academy AI

ROR Academy berdedikasi untuk memajukan pengetahuan dalam Artificial Intelligence, Machine Learning dan cutting-edge technologies. Misi kami adalah untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran praktikal yang diperlukan untuk cemerlang dalam industri teknologi.

Hubungi kami:


Whatsapp : 011 54166285


Email : [email protected]


Atau klik ikon dibawah :

© 2025 ROR Academy
Laman web dibangunkan oleh Sifuwebsite dan Rakan Strategik bersama Inframesia Technologies

  • All Posts
  • AI
Advance Prompt Technique- Video

24 January 2025/

  🌟 Kursus Premium 🌟 Advance Prompt Technique Advance Prompt Technique adalah kursus rakaman eksklusif yang direka untuk membantu profesional,...

Load More

End of Content.